BAHAYA WAHABI HAPUSKAN CINTA KEPADA NABI ﷺ


فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.
[Surah Muhammad, 47 : 19]

**********************


Penularan fahaman Wahabi sering menimbulkan kontroversi dengan pergolakan pemikiran mereka hingga menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam. Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tak sejalan dengan mereka dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli bidah.

MENOLAK MAULID NABI


Begitu lancang juga puak Wahabi ini menyebarkan fahaman mereka untuk menolak peringatan Maulid Nabi yang merupakan expresi kecintaan umat atas anugerah kelahiran baginda Nabi Muhammad  sebagai Rahmatan lil Alamin.



Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad ), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
[Surah Al Anbiya, 21 : 107]
Begita lantang juga mereka mengatakan orang-orang yang berselawat, mendengar nasihat, mendengar kisah Nabi , memuji, memuliakan, mencintai baginda Nabi , merasakan betapa berat dan besar perjuangan serta pengorbanan baginda Nabi Muhammad  untuk umatnya di dalam majlis maulid adalah sebagai perbuatan yang menyamai sambutan perayaan kristian, yahudi dan kafir serta membawa kepada kesyirikan.

DALIL PERAYAAN MAULIDUR RASUL ﷺ 

Perayaan Maulidur Rasul ﷺ adalah pembacaan kisah kelahiran Nabi Muhammad , kehidupan Baginda  dan sebahagian sifat-sifat mulianya, didahului dengan bacaan selawat dan salam ke atas baginda .

Firman Allah سبحانه و تعالى:
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
[Surah Yusuf, 12 : 111]

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
[Surah Hud, 11 : 120]


Betapa berat tuduhan serta fahaman yang dibawa oleh puak wahabi ini dalam cubaan mereka untuk menghapuskan serta menjauhkan SYAHADAH KEDUA MUHAMMADUR RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.


KECINTAAN KEPADA BAGINDA NABI  BUKTI IMAN

"Iman dan Cinta tidak boleh dipisahkan, kedua duanya wujud hanya kerana satu gabungan iaitu IKATAN talian Penyaksian SYAHADATAIN." - petikan kata-kata Sheikh Dr Ismail Kassim

Ini adalah salah sebuah hadis bahawa Iman dan Cinta wajib bergabung dalam diri setiap orang Islam dan Cinta yang paling awal dan terutama adalah Cinta kepada RasulAllah صلى الله عليه وسلم dan kepada Ahli Bayt Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Sabda Rasulullah : “Belum sempurna iman kalian, hingga aku lebih dicintainya, dari ayah ibunya, dan anaknya, dan seluruh manusia”
(Shahih Bukhari)

Dari Abu Muhammad ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhuma , ia berkata, “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, ‘Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sehingga keinginannya mengikuti apa yang aku bawa.’” 
[Hadits hasan sahih yang kami riwayat-kan dalam kitab al-Hujjah[1] dengan sanad sahih]

Hadits sahih yang semakna dengan hadits di atas iaitu sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ
"Tidak beriman (dengan sempuna) salah seorang dari kalian hingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anaknya dan semua manusia"


RASULULLAH DIMULIAKAN ALLAH سبحانه و تعالى

Allah telah memilih Baginda sebagai insan yang paling mulia dengan pengiktirafan berikut:
  • Penghulu segala rasul
  • Menurunkan Al-Qur'aan kepadanya
  • Memuliakan dengan selawat
  • Menganugerahkan gelaran “Habibullah” (kekasih Allah)
Peri Rasulullah ﷺ dimuliakan oleh Allah terpancar daripada firman-Nya yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
[Surah Al Ahzab, 33 : 56]


Bukan itu sahaja, malah Baginda dimartabatkan sebagai pemberi rahmat bagi seluruh alam dan kelak Allah akan lebih memuliakannya dengan memberikan syafa‘ah ‘uzma (pertolongan agung) pada hari kiamat.


Inshaa Allah, orang yang memuliakan insan yang dimuliakan Allah (Rasulullah ) akan turut dimuliakan-Nya. Rasulullah  bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka aku akan berselawat atasnya 10 kali.” (Riwayat al-Bukhari)

SYAHADATAIN TIDAK BOLEH BERPISAH

Justeru, perayaan maulid Nabi adalah salah satu bukti untuk mencambahkan kecintaan serta mahabbah kepada baginda Nabi Muhammad . Bukan sahaja kepada baginda Nabi , juga buat Ahlul Baytnya serta para sahabat. Tidak ada salahnya dalam meraikan Maulidur Rasul .

La ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah  tidak boleh berpisah. Abadan abada! Justeru, SANGAT AMAT BAHAYA fahaman wahabi yang menolak atau membidaah kan majlis Maulid Nabi ﷺ yang boleh mengakibatkan terputusnya SYAHADAH MUHAMMADUR RASULULLAH . Nauzubillahi minzalik.




0 comments:

Post a Comment