AHLUL BAYT TALIAN PENYAMBUNG RAHMATANLILALAMIN


فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.

[Surah Muhammad, 47 : 19]


**************
sheikh dr ismail kassim sesat

Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu berkata : Aku pernah mendengar Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda: “Islam dibangun atas lima pekara. (1) Persaksian bahawa tiada ILLAH selain Allah, dan Muhammad Rasul Allah , (2) mendirikan shalat, (3) mengeluarkan zakat, (4) berpuasa , dan (5) melaksanakan ibadah haji Ramadhan”. [HR Bukhari dan Muslim].

sheikh dr ismail kassim sesatYang pertama-tama adalah Persaksian bahawa tidak ada ILAH selain ALLAH. WAJIB untuk kita semua renung dan berfikir sedalam-dalamnya bahawa Rukun Islam yang Pertama itu bukan hanya ucapan kosong semata-mata, tetapi MENYAKSI dengan sebenar-benar penyaksian.

Cuba sebut "Ashadualla ilaha ilallah waashaduanna muhammadan rasulullah "
kemudian ulang berkali-kali depan cermin "ashhaduu"..aku menyaksi.. aku menyaksi.. aku menyaksi.
Lepastu dengar apa qalbu kita kata, penipu, pembohong.. mana ada saksi pun

Ketahuilah saudaraku, Islam Itu didirikan atas 5 rukun, apabila salah satunya kita belum melaksanakanya, maka belum sempurnalah Islam kita. 

Perintah Allah untuk mempelajarinya jelas dalam firman Allah Surah Muhammad, ayat 19
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
faalam annahu la ilaha illallah


AHLUL BAYT PEWARIS ILMU SYAHADAH


Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada ILAH melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".
[Surah Anbiya, 21 : 25]

sheikh dr ismail kassim sesat
Kesemua Rasul dan Nabi-nabi diutuskan hanya untuk menyampaikan risalah SYAHADAH.

Justeru, di zaman ini siapakah yang diutuskan untuk menyambung perjuangan Nabi Mulia  serta 124,000 Warzatul Anbiya dalam menyampaikan risalah SYAHADAH? WAJIB untuk kita mencari.

Jika kita telusuri sirah daei Allah yang menyampaikan risalah Syahadah rantaian susur galur sampai kepada Nabi Mulia 

SIAPAKAH AHLUL BAYT?


Ahlul Bayt adalah orang-orang yang mendapat keistimewaan dan keutamaan serta kedudukan tinggi dari Allah سبحانه و تعالى . Di mana Allah سبحانه و تعالى telah membersihkan dosa-dosa mereka serta mensucikan mereka sesuci-sucinya sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Ahzab, 33 

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
  • Ahlul Bayt Rasulullah  adalah talian penyambung Rahmatan Lil Alameen.
  • Ahlul Bayt Rasulullah  yang telah dianugerahkan Ilmu Syahadah Kalimah لا إله إلا الله adalah penyambung usaha dakwah RasulAllah ﷺ di muka bumi ini.
"...Mereka (Ahlul Bayt) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta penge-tahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah سبحانه و تعالى tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)"..
  • Ahlul Bayt Rasulullah ﷺ adalah pemegang panji RasulAllah ﷺ iaitu لا إله إلا الله محمد رسول الله (Laa Ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah ﷺ)
Al Bazzar meriwayatkan dari Ibnu 'Abbas رضي الله عنه , ia berkata : Rasulullah  bersabda :
“Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat bahtera Nuh, barangsiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat dan barangsiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam”.


KEMULIAAN & KEUTAMAAN AHLUL BAYT

sheikh dr ismail kassim sesat

Hadis Sahih Muslim, Zaid bin Arqam berkata Rasulullah  bersabda,

“Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan Robbku (Malaikat maut) hampir tibadan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”, hadis sahih riwayat Muslim.

Hadis di atas menyatakan dengan jelas bahwa apa yang merupakan peninggalan Rasulullah  yang disebut Ats Tsaqalain (dua peninggalan) itu adalah Al Qur'aan dan Ahlul Bayt. Justeru, kita harus berpegang teguh kepada Al Qur'aan & Ahlul Bayt.

Dari Al-Hasan bin ‘Ali رضي الله عنه : Sesungguhnya Rasulullah  telah berkata,“Tetaplah dalam mencintai kami Ahlul Bayt,sebab sesungguhnya orang yang berjumpa dengan Allah ‘azza wa jalla dan dia mencintai kami nescaya masuk ke syurga dengan syafa‘at kami, demi yang diriku di tan-gan-Nya, tidak berguna bagi seorang hamba amalnya kecuali dengan mengenal hak kami.”

Dari Ibnu ‘Abbas berkata: Rasulullah  bersabda, “Cintailah Allah kerana Dia telah memberimu kenikmatan, cintailah aku kerana kecintaan kepada Allah, dan cintailah keluargaku kerana kecintaan kepadaku.”

At Thabrani meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas ra, ia berkata : Rasulullah  bersabda : “Semua sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali sebab dan nasab yang bersambung denganku”.


Semoga Allah سبحانه و تعالى sentiasa memelihara Ahlul Bayt Rasulullah  yang kami kasihi dunia & akhirat kerana perjuangan dan pengorbanan mereka untuk umat Nabi Muhammad ﷺ dalam menyebarkan Ilmu Syahadah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH .

sheikh dr ismail kassim sesat

0 comments:

Post a Comment